Bengkel Pelan Perancangan Dan Pemahaman Program Hebahan Dan Promosi Projek Dan Aktiviti Pembangunan PERDA Kepada Anggota PERDA 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
14 - 16 Jun 2025  |  Langkawi

Sejajar dengan usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada masyarakat, PERDA melalui Unit Komunikasi Korporat bakal melaksanakan satu program khas bagi melatih anggota kerjanya menjadi agen promosi dan penyampai maklumat pembangunan.

Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, membina jati diri dan meningkatkan kefahaman dalam kalangan anggota mengenai pelbagai projek dan aktiviti pembangunan PERDA yang sedang dan bakal dilaksanakan.

Antara objektif utama program ialah melatih peserta dengan kemahiran promosi, menyediakan pasukan penyampai maklumat yang efektif, serta membina rangkaian penghubung yang kuat antara PERDA dan masyarakat setempat, khususnya di Pulau Pinang.

Langkah ini dijangka dapat memperkukuh hubungan dua hala antara agensi dan kumpulan sasar sambil memastikan maklumat sampai dengan lebih berkesan melalui pelbagai saluran komunikasi.

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.