Perasmian EXPO PERDA (EXPERT) 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
18 Oktober 2025   |  Midtown PERDA, Kubang Menerong

Malam ini, di EXPERT EXPO PERDA 2025 meriah dengan macam-macam acara!

Di pentas utama dimeriahkan dengan Konsert Balada Rockstar menampilkan Datin Alyah dan Azlan & Typewriter persembahan penuh meriah yang menghiburkan.

Majlis turut menyaksikan Sesi Penyampaian Anugerah Usahawan Bumiputera MADANI Pulau Pinang 2025, termasuk Anugerah Khas Tokoh Usahawan PERDA sebagai tanda penghargaan kepada usahawan yang cemerlang dan berdaya saing.

Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Khalid bin Ramli, Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, disertai ucapan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Datuk Haji Rashidi bin Zinol, EXCO Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar Negeri Pulau Pinang, bersama barisan tetamu jemputan kehormat.

Acara diteruskan dengan lawatan ke kiosk usahawan, menampilkan pelbagai produk kreatif dan inovatif hasil tangan anak tempatan.

Dan yang paling menarik esok (Ahad) masih berbaki sehari lagi! Jangan lepaskan peluang untuk bayar saman PDRM dengan diskaun, sertai karnival kerjaya, dan alami sendiri pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sini!

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.