Larian Santai KSKKP 5KM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
15 Ogos 2026    |    Kepala Batas

Hari ini telah berlangsung aktiviti riadah Larian Santai 5KM anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA (KSKKP) yang bertempat di Setia Fontainer, Kepala Batas.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sekurang-kurangnya 40 orang ahli kelab, bersama pasangan serta ahli keluarga masing-masing. Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, bersama pasangan.

Penganjuran larian santai ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga KSKKP, malah menjadi platform untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, aktif dan cergas dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Insya-Allah, KSKKP akan terus mempergiatkan inisiatif seperti ini pada masa akan datang demi memastikan kesejahteraan, kesihatan dan semangat kekitaan dalam kalangan ahli kelab sentiasa terpelihara.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.