PERDA-TECH Teroka Jalinan Kerjasama Industri Bersama Kobelco Precision Technology

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
27 Ogos 2026    |    Bayan Lepas

Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Kobelco Precision Technology Sdn. Bhd. (KPTec) bagi meneroka jalinan kerjasama strategik industri, khususnya melibatkan Jabatan Teknologi Pembuatan.

Kobelco Precision Technology Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang dan terlibat dalam pengeluaran substrat aluminium terproses (ground substrates) yang digunakan dalam penghasilan cakera filem nipis sebagai medium penyimpanan data digital.

Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama yang dapat memberi pendedahan dan pengalaman industri kepada pelajar, di samping memperkukuh hubungan antara PERDA-TECH dengan sektor industri.

Pihak Kobelco turut menyatakan kesediaan untuk menyemak draf Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah ke arah mewujudkan kerjasama rasmi bersama PERDA-TECH. Antara skop kerjasama yang dicadangkan merangkumi Latihan Industri pelajar, Latihan Sangkutan Industri (LSI), Work-Based Learning (WBL) serta inovasi.

Jalinan kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh pelaksanaan program TVET di PERDA-TECH melalui penglibatan industri serta memastikan latihan dan kemahiran yang diberikan kepada pelajar terus relevan dengan keperluan industri semasa.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.