Lawatan Verifikasi Latihan Sangkutan Industri (LSI) Tenaga Pengajar PERDA-TECH

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
18 Jun 2026    |     Seberang Perai Tengah

Lawatan verifikasi pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri (LSI) bagi tenaga pengajar PERDA-TECH telah diadakan melibatkan Ustaz Faizal Adamy Bin Mohamad, Pensyarah Jabatan Pengajian Umum di Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Seberang Perai Tengah.

Kehadiran delegasi PERDA-TECH telah disambut mesra oleh Dr. Mohamad Sofee Bin Razak, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP. Dalam sesi tersebut, beliau turut berkongsi pengalaman, pandangan serta cadangan kerjasama strategik yang berpotensi untuk dilaksanakan antara kedua-dua institusi pada masa hadapan.

Bagi tahun 2026, seramai empat (4) orang tenaga pengajar PERDA-TECH akan mengikuti program Latihan Sangkutan Industri di pelbagai institusi dan industri terpilih. Program ini bertujuan meningkatkan kompetensi tenaga pengajar melalui aktiviti upskilling dan reskilling, di samping memperkukuhkan jaringan kerjasama antara PERDA-TECH dengan institusi serta industri di Pulau Pinang.

Semoga inisiatif ini terus menyokong pembangunan tenaga pengajar yang kompeten, berdaya saing dan sentiasa relevan dengan keperluan semasa industri serta komuniti.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.