Kunjung Hormat UCAM ke PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
19 Jun 2026    |     Butterworth

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) yang diketuai oleh Yang Berusaha Encik Kamarudin bin Ani, Ketua Eksekutif UCAM.

Kunjungan delegasi pengurusan tertinggi UCAM ini telah disambut oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum dan barisan pengurusan kanan PERDA.

Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk meneroka ruang jaringan kerjasama strategik yang berimpak tinggi, merangkumi empat fokus utama iaitu pembangunan kompetensi dan latihan eksekutif profesional untuk warga kerja serta peserta di bawah agensi.

Selain itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada sinergi akademik serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutamanya dalam melihat ruang kesinambungan pengajian dan pemindahan kredit bersama Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH).

Fokus seterusnya melibatkan aspek pembangunan usahawan dan inkubasi khususnya dalam memperkasa usahawan mikro serta perusahaan berasaskan kediaman (home-based) tempatan, di samping meneroka pelaburan strategik dalam projek-projek sosioekonomi tempatan yang mampu memberi pulangan ekonomi serta impak sosial yang tinggi.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.