Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah melakar satu lagi pencapaian dalam usaha meningkatkan kemudahan dan kecekapan operasi kampus menerusi peluncuran rasmi kereta bugi berkapasiti lapan tempat duduk.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, dengan diiringi oleh Encik Rohaimi bin Othman, Pengarah PERDA-TECH, serta Encik Azwan bin Zakaria, Timbalan Pengarah PERDA-TECH.
Pengenalan kemudahan pengangkutan ini dijangka dapat mempertingkatkan kelancaran pergerakan operasi harian di dalam kampus, di samping memudahkan urusan pengangkutan pelawat dan tetamu rasmi. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen PERDA-TECH dalam menyediakan persekitaran kampus yang lebih kondusif, cekap dan mesra pengguna, selaras dengan usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta menyokong pembangunan institusi yang mampan.


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas






