16 Jun 2026 | Butterworth
Majlis Perhimpunan Bulanan PERDA bagi bulan Jun 2026 serta Majlis Persaraan Kakitangan telah berlangsung dengan penuh penghargaan dan suasana yang bermakna.
Majlis Perhimpunan Bulanan PERDA bagi bulan Jun 2026 serta Majlis Persaraan Kakitangan telah berlangsung dengan penuh penghargaan dan suasana yang bermakna.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum bersama barisan pengurusan PERDA.
Turut diraikan pada majlis tersebut ialah pesara dan bakal pesara PERDA iaitu Puan Zainab binti Puteh, Puan Roslina binti Muhamad dan Cik Norliza binti Zainon.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, sumbangan serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama PERDA.
Semoga segala khidmat bakti yang diberikan menjadi amal jariah dan mendapat keberkatan serta keredaan Allah SWT.
Selamat bersara dan semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kejayaan dalam fasa kehidupan yang baharu.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
