PERDA-TECH Perkukuh Jaringan Industri Melalui Kerjasama Strategik Bersama GOTT Sdn. Bhd.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
7 September 2026    |    Batu Kawan

Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) terus memperkukuh hubungan strategik bersama pihak industri melalui Surat Niat Kerjasama antara GOTT Sdn. Bhd. dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Sesi pagi ini disambut mesra oleh Dato' Dr Tan Siang Guan, CEO Gott Sdn Bhd sendiri dan kerjasama ini memberi fokus kepada pembangunan akademik, penyelidikan, penglibatan industri serta pembangunan bakat, sekali gus membuka ruang kepada pelaksanaan aktiviti dan projek bersama yang dapat memberi manfaat kepada warga PERDA-TECH serta pihak industri.

Melalui jaringan strategik seperti ini, PERDA-TECH komited untuk terus melahirkan modal insan TVET yang kompeten, berdaya saing dan relevan dengan kehendak industri, di samping membuka lebih banyak ruang untuk aktiviti dan projek kolaboratif pada masa akan datang.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.