25 - 27 September 2026 | Langkawi
Memperkasa Wanita Melalui AI, Kreativiti Digital dan Keusahawanan Masa Hadapan.
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melalui Bahagian Pembangunan Insan (BPI) telah menganjurkan Program DIGIHer: Kursus AI Digital Usahawan Wanita pada 25 hingga 27 September 2026 dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) Sungai Dua.
Program ini bertujuan memperkasa wanita melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam AI dan teknologi digital bagi menyokong aktiviti keusahawanan serta penerokaan peluang dalam ekonomi digital.
Peserta diberikan pendedahan secara teori dan praktikal meliputi ChatGPT, penghasilan kandungan kreatif, penulisan pemasaran, personal branding, reka bentuk grafik, penghasilan dan penyuntingan video, media sosial serta strategi pemasaran digital melalui pendekatan hands-on training.
PERDA berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan kreativiti, produktiviti dan keupayaan mengembangkan perniagaan, di samping meneroka peluang baharu dalam ekonomi digital.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




















