26 Ogos 2026 | Nibong Tebal
Alhamdulillah, PERDA-TECH berbesar hati menerima lawatan sambil belajar daripada 80 orang murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labu Besar baru-baru ini.
Sebagai pembuka tirai program sebelum lawatan bermula, para pelajar dan guru pengiring telah menghadiri sesi taklimat pengenalan berkenaan PERDA-TECH yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha En. Azwan Zakaria, Timbalan Pengarah PERDA-TECH.
Selesai sesi taklimat, para pelajar dibawa meninjau pelbagai kemudahan pembelajaran yang ditawarkan di dalam kampus PERDA-TECH. Lebih menarik, mereka turut diberikan pendedahan dan input berguna mengenai bidang kursus Teknologi Pembuatan (Manufacturing) bagi membuka minda mereka ke arah halatuju kerjaya industri.
Sesi lawatan ini seterusnya diserikan dengan lawatan fasiliti secara dekat ke Bengkel Kejuruteraan Kimpalan serta Kolam Latihan Skuba PERDA-TECH.
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru pengiring dan para pelajar SMK Labu Besar atas kesudian memilih PERDA-TECH. Semoga perkongsian ilmu ini memberi inspirasi kepada adik-adik semua!
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




















