PERDA dan KITAB Meterai Kerjasama Strategik Pembangunan Sektor Halal Pulau Pinang Bersempena dengan PIHEX 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
25 Julai 2026    |    Permatang Pauh

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini memeterai kerjasama strategik bersama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang menerusi Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Majlis Perasmian Penang International Halal Expo (PIHEX) dan Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (HUBPP) 2026 yang berlangsung di Padang Politeknik Seberang Perai.

Pertukaran dokumen MoU ini disempurnakan oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, bersama Rektor KITAB, YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol dengan disaksikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Utama Anwar bin Ibrahim.

Menerusi kolaborasi ini, kedua-dua pihak berhasrat memperkukuh pembangunan modal insan, pematuhan pensijilan halal, latihan keusahawanan serta penyelidikan dan inovasi bagi memacu ekosistem industri halal yang mampan di negeri Pulau Pinang.

Selain acara pemeteraian kerjasama ini, PERDA turut membawa usahawan-usahawan tempatan di bawah bimbingan agensi untuk mempamerkan dan memasarkan pelbagai produk tempatan sepanjang ekspo ini berlangsung.

Penglibatan aktif para usahawan ini bukan sahaja menjadi platform strategik untuk memperluaskan jaringan perniagaan dan liputan pasaran halal malah turut memperkukuh daya saing usahawan luar bandar ke peringkat yang lebih tinggi.
 
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.