Lawatan Penanda Aras ke Penang Digital Library bagi Pembangunan PERDA-TECH Digital Library

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
30 September 2026    |    George Town

Sesi lawatan bechmarking ke Penang Digital Library, Jelutong telah diadakan melibatkan pihak Perunding, Bahagian Hartanah & Teknikal PERDA dan Pengurusan PERDA-TECH bagi mewujudkan Perpustakaan Digital atau lebih dikenali dengan PERDA-TECH Digital Library (PDL).

Lawatan bechmarking sangat penting bagi memastikan kepeluan dan skop sebuah perpustakaan digital diambil kira serta memberi manfaat kepada pelajar kelak. PDL ialah pustaka yang menyimpan bahan bacaan dan maklumat dalam bentuk fail elektronik yang boleh dicapai guna komputer atau internet sepenuhnya selaras dengan Dasar Pendigitalan Negara.

Pada tahun 2026, PERDA-TECH melalui BHT telah diluluskan peruntukan bagi Projek Blok Tambahan Kemudahan Pembelajaran yang akan melibatkan skop Auditirium berkapasiti 400 orang, Bilik Kuliah Hibrid serta Perpustakaan Digital. Semoga usaha murni ini dipermudah segala urusan dan meningkatkan kemudahan PnP kepada 1,100 pelajar sedia ada.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.