Majlis Perasmian Program Bismadani PERDA 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
29 Jun 2026    |     Kepala Batas

PERDA telah mengadakan Majlis Perasmian Program Bismadani PERDA 2026 yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas dengan penyertaan seramai 21 usahawan Bumiputera terpilih.

Program Bismadani PERDA 2026 merupakan program pembangunan keusahawanan berteraskan business coaching yang dilaksanakan bagi memperkasa syarikat Bumiputera melalui pendekatan latihan, bimbingan dan pemantauan secara berterusan. Program ini memberi fokus kepada pembangunan kapasiti usahawan agar mampu membina struktur perniagaan yang lebih kukuh, meningkatkan kecekapan operasi serta menjana pertumbuhan jualan yang mampan.

Sepanjang tempoh pelaksanaan selama lapan bulan, peserta akan dibimbing oleh perunding latihan yang dilantik menerusi sesi latihan, bimbingan secara individu serta pemantauan prestasi perniagaan bagi memastikan setiap usahawan mencapai sasaran pembangunan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan Program Bismadani PERDA 2026 mencerminkan komitmen berterusan PERDA dalam memperkukuh ekosistem pembangunan usahawan Bumiputera menerusi pembangunan kapasiti, peningkatan daya saing serta pengukuhan amalan pengurusan perniagaan yang lebih sistematik dan mampan.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, kompetitif dan mampu berkembang ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.