PERDA Terima Cenderahati Penghargaan Daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
02 Julai 2026    |     Nibong Tebal

Sesi penyerahan cenderahati penghargaan daripada YBhg. Dato' Dr. Asmayani binti Khalib, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia kepada YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum,  Pengurus Besar PERDA telah berlangsung sebagai tanda penghargaan atas kerjasama erat yang diberikan oleh PERDA dalam menjayakan urusan pemilihan jawatan (temu duga) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Penghargaan tersebut diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen PERDA dalam menyediakan kemudahan fasiliti dan ruang yang kondusif di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) bagi melancarkan pelaksanaan sesi temu duga SPA.

Kolaborasi strategik ini mencerminkan komitmen berterusan PERDA dalam menyokong usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berkualiti dan inklusif. Kerjasama seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta menyokong pembangunan modal insan negara.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.