9 September 2026 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus komited dalam menyokong pembangunan sektor pendidikan tempatan menerusi Sesi Kunjungan Hormat oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Puan Noor Hayati binti Ishak, ke Sekolah Kebangsaan Sungai Dua hari ini.
Sesi pertemuan strategik tersebut diseri dengan penyerahan sumbangan 2 unit Google TV bersaiz 65 inci kepada pihak sekolah bagi menyokong pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang lebih interaktif dan berasaskan teknologi moden di dalam bilik darjah.
Sumbangan tersebut telah disalurkan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anak syarikat PERDA, PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB).
Inisiatif ini mencerminkan keperihatinan PERDA dalam memantapkan kemudahan pendidikan di peringkat sekolah luar bandar.
PERDA akan terus menjalin kerjasama erat bersama institusi pendidikan demi melahirkan modal insan yang berdaya saing serta memperkasakan kesejahteraan komuniti setempat secara berterusan.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas








