30 Julai 2026 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Julai 2026 dan Bicara Ilmu yang berlangsung di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA.
Program tersebut dihadiri oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Tuan Haji Anuar bin Shahab serta seluruh warga PERDA.
Program dimulakan dengan aktiviti kuiz interaktif menggunakan platform Wayground sebelum diteruskan dengan amanat oleh Pengurus Besar PERDA.
Dalam amanatnya, beliau menyeru seluruh warga PERDA agar terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, mengamalkan pengurusan sumber secara berhemah serta memberikan komitmen dalam menjayakan inisiatif organisasi.
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang Program Kempen Kitar Semula dan Program Work for AI sebagai penghargaan atas komitmen serta penglibatan aktif warga PERDA dalam menjayakan kedua-dua inisiatif tersebut.
Program diteruskan dengan Bicara Ilmu bertajuk "Kesihatan Mental di Tempat Kerja" yang disampaikan oleh Dr. Alizi Alias, pakar Psikologi Organisasi.
Sesi perkongsian tersebut memberi pendedahan mengenai perbezaan antara kesihatan mental, masalah kesihatan mental dan penyakit mental, faktor risiko di tempat kerja, kesannya terhadap pekerja dan organisasi serta peranan pekerja, pengurus dan majikan dalam memelihara kesejahteraan mental melalui pelbagai pendekatan intervensi.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas












