23 Julai 2026 | Teluk Bahang
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) komited bersama-sama dalam pelaksanaan dasar pembangunan luar bandar negara menerusi penglibatan dalam Mesyuarat Penyelarasan MEXCLUB Ke-61 Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Hotel Bahang Bay.
Mesyuarat peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi ini menjadi platform penyelarasan strategik antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Exco-Exco Luar Bandar seluruh negara serta agensi-agensi pelaksana bagi memantapkan hala tuju pembangunan desa yang mampan.
Menerusi platform kerjasama ini, PERDA menyambut baik penegasan YAB Timbalan Perdana Menteri bahawa pembangunan luar bandar perlu dilaksanakan secara holistik berteraskan kesejahteraan jiwa dan spiritual, di samping memodenkan kemudahan infrastruktur dan teknologi tanpa menghilangkan nilai budaya tempatan.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas








