30 Julai 2026 | Nibong Tebal
Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah menyempurnakan sesi penutup Audit Akreditasi Penuh (Full Accreditation – FA) bagi Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Reka Bentuk Produk (DPD) setelah melalui proses penilaian selama dua hari.
Sesi audit tersebut telah dilaksanakan oleh tiga orang panel penilai daripada Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi menilai pematuhan program terhadap standard, kriteria akademik dan keperluan industri yang ditetapkan.
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Reka Bentuk Produk yang dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Pembuatan PERDA-TECH telah diperkenalkan sejak tahun 2014. Program ini telah melahirkan graduan yang berjaya membina kerjaya dalam bidang berkaitan serta melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
PERDA-TECH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan panel penilai ETAC, para pensyarah serta seluruh warga PERDA-TECH atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan proses audit berkenaan.
Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen PERDA-TECH dalam memastikan program pengajian yang ditawarkan sentiasa berkualiti, relevan dan memenuhi keperluan industri semasa.

GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas