12 Julai 2026 | Permatang Pauh
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini meneruskan komitmennya dalam mengukuhkan jaringan bersama komuniti setempat serta kebajikan masyarakat melalui penganjuran Program PERDA Santuni Komuniti Madani bagi kawasan Permatang Pauh yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Program ini dilaksanakan sebagai platform sehenti yang proaktif untuk menyalurkan bantuan serta menyebarluaskan maklumat perkhidmatan agensi secara terus kepada komuniti setempat.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian utama telah diadakan kepada penduduk setempat termasuklah jualan ayam murah bagi meringankan beban kos harian dan penganjuran Jualan Agro Madani yang menawarkan kadar potongan harga istimewa berbanding harga pasaran.
Selain itu, aspek kebajikan masyarakat turut diperkukuh melalui penyerahan bantuan Bakul Rahmah kepada golongan sasar yang memerlukan.
Bagi menggalakkan penglibatan aktif komuniti, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti gaya hidup sihat melalui acara Teh Tarik Fun Run yang disertai oleh penduduk setempat.
Bagi melengkapkan pengisian program, kaunter perkhidmatan pelanggan agensi bersama pameran daripada pelbagai rakan strategik termasuk promosi reruai Expo PERDA (EXPERT) turut disediakan bagi memudahkan urusan, penyampaian maklumat, dan penyediaan khidmat rundingan terus kepada orang ramai.
Melalui program seumpama ini, PERDA berharap dapat membantu meringankan beban kos sara hidup warga luar bandar, sekali gus memastikan agenda pembangunan modal insan, pemerkasaan ekonomi serta kebajikan rakyat terus terpelihara secara berterusan di Pulau Pinang.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas








































