PERDA-TECH telah mengharumkan nama institusi apabila berjaya meraih dua Anugerah Emas dan dua Anugerah Perak dalam Pertandingan Poster Penyelidikan sempena Penang ASEAN Book Fair 2026 yang berlangsung di Penang Waterfront Convention Centre.
Kejayaan ini membuktikan kecemerlangan warga akademik PERDA-TECH dalam bidang penyelidikan serta inovasi, di samping memperkukuh peranan institusi sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).
Pemenang Anugerah Emas
- Puan Mazliyaton (Jabatan Pengajian Am) menerusi kajian bertajuk Gaya Keibubapaan dan Hubungannya dengan Kemurungan dalam Kalangan Pelajar Semester Satu Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH).
- Ts. Paezah, Puan Nor Ilyana dan Puan Nur Era Ashekin menerusi kajian PoShaIT-VD: Policing and Shaping of Internet Traffic Visualization Dashboard.
Pemenang Anugerah Perak
- Puan Rabiatul Adawiyah dan Puan Nor Farahana menerusi kajian Factors that Influence Student's Mental Distress at Institut Kemahiran Tinggi PERDA-TECH.
- Ir. Ts. Khaironi dan Encik Amran menerusi kajian User Friendly GUI for Model Updating and Error Tracking for Modal Properties Identification in Motorcycle Design.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik atas pencapaian yang membanggakan ini. Penghargaan turut dirakamkan kepada Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang selaku penganjur atas penganjuran platform ilmiah yang berprestij. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berkualiti serta terus mengangkat nama PERDA-TECH sebagai institusi TVET yang cemerlang dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




