Kursus AI untuk Transformasi Bisnes Perkasa Keupayaan Usahawan Melalui Teknologi Kecerdasan Buatan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
26 - 27 Ogos 2026    |    Butterworth

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melalui Program PERDA Regional Entrepreneurship Empowerment (PREE) 2026 telah melaksanakan Kursus AI Untuk Transformasi Bisnes pada 26 hingga 27 Ogos 2026 bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Tingkat 6, PERDA melibatkan 46 orang usahawan terpilih.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, yang turut menekankan kepentingan penguasaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam membantu usahawan meningkatkan keupayaan serta daya saing perniagaan dalam persekitaran ekonomi yang semakin dinamik.

Penganjuran kursus ini merupakan antara usaha PERDA dalam memperkukuh kompetensi usahawan agar lebih bersedia memanfaatkan teknologi AI sebagai salah satu pemangkin kepada transformasi dan pertumbuhan perniagaan.

Penggunaan AI bukan lagi sekadar satu trend teknologi, sebaliknya semakin menjadi satu keperluan strategik bagi membantu usahawan memahami pelanggan, merancang pemasaran, menghasilkan kandungan serta membangunkan aset digital perniagaan dengan lebih pantas dan berkesan.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.