Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Dokumentasi SRR-01 TTAC MBOT sebagai persediaan bagi proses akreditasi tiga program TVET yang dirancang untuk ditawarkan, iaitu:
- Diploma Agroteknologi (DAG)
- Diploma Teknologi Multimedia Kreatif (DIM)
- Sijil Teknologi Mekanikal (CMT)
Bengkel ini memberi tumpuan kepada pembangunan Dokumen Penilaian Kendiri (SRR-01) serta pemetaan bukti berdasarkan tujuh kriteria standard akreditasi yang ditetapkan oleh Technology and Technical Accreditation Council (TTAC), Malaysia Board of Technologists (MBOT) mengikut bidang teknologi bagi setiap program.
Antara skop utama bengkel ialah melaksanakan Analisis Jurang (Gap Analysis) dengan membandingkan pelaksanaan program dan keperluan semasa dengan manual akreditasi TTAC MBOT, di samping menyusun dossier bukti meliputi fail kursus, sampel kerja pelajar dan bukti berkaitan fasiliti mengikut kriteria yang ditetapkan.
Bengkel turut memberi penekanan kepada persediaan Audit Dalaman (Mock Audit) bagi membuat semakan dan verifikasi dokumentasi secara simulasi sebelum dokumen SRR-01 dikemukakan secara rasmi kepada pihak MBOT.
PERDA-TECH merancang untuk menawarkan ketiga-tiga program tersebut bermula sesi pengambilan Julai 2027. Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen PERDA-TECH untuk terus memperluas penawaran program TVET yang berkualiti dan memenuhi keperluan akreditasi serta perkembangan industri semasa.
Semoga segala perancangan dan usaha ke arah pelaksanaan program baharu ini dipermudahkan dan dapat direalisasikan


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas



