27 Ogos 2026 | George Town
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Bank Negara Malaysia (BNM) Cawangan Pulau Pinang bagi meneroka potensi kerjasama berimpak tinggi sempena penganjuran EXPO PERDA (EXPERT) 2026.
Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Puan Noor Hayati binti Ishak, bersama para pegawai agensi serta barisan wakil BNM Cawangan Pulau Pinang.
Pertemuan tersebut memberi tumpuan utama kepada cadangan penglibatan BNM dalam pengisian program EXPERT 2026, khususnya menerusi penganjuran forum dan aktiviti berkaitan literasi serta pengurusan kewangan.
Di samping itu, sesi ini turut membincangkan perkongsian maklumat penting mengenai pelbagai inisiatif, kemudahan pembiayaan, dan sokongan perbankan yang boleh dimanfaatkan secara terus oleh komuniti usahawan tempatan.
Menerusi kolaborasi ini, PERDA berharap penganjuran EXPERT 2026 dapat memberi nilai tambah yang signifikan kepada para pengunjung dan usahawan untuk meningkatkan pemahaman serta kemahiran pengurusan kewangan yang mampan. PERDA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BNM atas kesediaan menjalin kerjasama bagi menjayakan EXPO PERDA (EXPERT) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026 bertempat di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas



