NEXUS PERUNDANGAN PERDA 2026: Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Panel Peguam PERDA Bagi Tempoh 2026–2028

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
25 September 2026    |    Butterworth

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) menerusi Unit Undang-Undang telah menganjurkan NEXUS PERUNDANGAN PERDA 2026 – Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Panel Peguam PERDA bagi Tempoh 2026–2028 bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA.

Majlis ini menyaksikan penyampaian watikah pelantikan kepada 35 firma guaman yang telah dilantik sebagai Panel Peguam PERDA bagi tempoh bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2028.

Penganjuran majlis ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh jaringan profesional serta sinergi strategik antara PERDA dan Panel Peguam, khususnya dalam memastikan pengurusan perundangan yang cekap, responsif, telus, dan berintegriti.

Majlis turut diserikan dengan Signature Talk yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Faizal bin Kamarudin, Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, bertajuk “AMANAH TANPA KOMPROMI: Sinergi Peguam dalam Tadbir Urus Sektor Awam”.

Perkongsian berkenaan memberikan perspektif dan pengalaman berharga berkaitan kepentingan amanah, integriti, akauntabiliti, pematuhan, serta pengurusan risiko perundangan dalam memperkukuh tadbir urus sektor awam.

Semoga pelantikan ini menjadi satu jalinan kerjasama yang kukuh antara PERDA dan Panel Peguam dalam mendukung kepentingan organisasi serta memperkasakan tadbir urus perundangan yang profesional, berintegriti, dan berkesan.

Amanah dipikul, integriti dijunjung, sinergi diperkukuh.

PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.