PERDA Memperkukuh Jaringan Strategik Dan Akses Pasaran Usahawan Bumiputera Pulau Pinang di SAEX 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
21 - 23 Ogos 2026    |    Kota Kinabalu

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus memperkukuh usaha memperluas akses pasaran dan jaringan strategik usahawan Bumiputera Pulau Pinang menerusi penyertaan dalam Program Sabah Agro Expo (SAEX) 2026. Program bertaraf wilayah ini telah berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2026 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Penyertaan ini dilaksanakan susulan mandat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau
Pinang kepada PERDA bagi menyelaras penyertaan seramai 10 usahawan tempatan untuk mengetengahkan produk serta meneroka potensi perniagaan baharu.

Sepanjang program berlangsung, delegasi PERDA turut dijemput oleh YB EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang untuk menyertai delegasi Kerajaan Negeri dalam pelbagai sesi lawatan serta libat urus strategik.

Pengisian utama merangkumi kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan sesi perbincangan bersama Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah (DIDR).

Selain itu, lawatan penandaarasan turut diadakan ke projek Scale Up USM–TERAJU di kawasan ternakan tiram Sinar Lentuong, Tuaran, serta kilang pemprosesan makanan Mina bagi meneroka perkongsian teknologi dan peluang kerjasama rentas negeri.

Inisiatif penglibatan dalam SAEX 2026 dan siri lawatan strategik ini bukan sahaja membuka ruang liputan pasaran yang lebih luas buat usahawan Bumiputera Pulau Pinang, malah menjadi platform penting dalam membina jaringan kukuh antara agensi dan pemain industri.

PERDA kekal komited dalam menyediakan platform pemasaran dan jaringan perniagaan yang mampan demi meningkatkan daya saing serta kebolehpasaran produk usahawan tempatan ke peringkat domestik dan antarabangsa.

PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.