Lawatan Penanda Aras Guru Kolej Vokasional Kangar ke PERDA-TECH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
31 Julai 2026    |    Nibong Tebal

Jabatan Seni Reka Fesyen PERDA-TECH berbesar hati menerima kunjungan seramai 9 orang guru daripada Kolej Vokasional (KV) Kangar bagi sesi penanda aras yang berlangsung hari ini.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik, bertukar idea serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan TVET, khususnya dalam bidang seni reka fesyen. Diharapkan perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang sesi ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua institusi dalam usaha melahirkan graduan yang lebih kompeten dan berdaya saing.

Terima kasih kepada warga KV Kangar atas kunjungan. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan pada masa hadapan.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.