20 - 21 Jun 2026 | Bahang Bay Hotel
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang melalui Bahagian Pembangunan Insan telah melaksanakan Program DIGIHer : Kursus Kuasai TikTok Affiliate Wanita pada 20 hingga 21 Jun 2026 bertempat di Bahang Bay Hotel.
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang melalui Bahagian Pembangunan Insan telah melaksanakan Program DIGIHer : Kursus Kuasai TikTok Affiliate Wanita pada 20 hingga 21 Jun 2026 bertempat di Bahang Bay Hotel.
Program ini telah disertai oleh para wanita dengan tujuan memperkasa golongan ini melalui pendedahan berkaitan pemasaran digital, penghasilan kandungan media sosial serta peluang menjana pendapatan menerusi platform TikTok Affiliate.
Pelaksanaan kursus ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran praktikal dalam bidang pemasaran digital selaras dengan perkembangan ekonomi digital masa kini.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberikan latihan dan bimbingan secara praktikal berkaitan teknik pemasaran melalui media sosial, penghasilan kandungan kreatif dan menarik, strategi soft selling dalam pemasaran digital, teknik rakaman serta penyuntingan video, penggunaan teknologi AI dalam penghasilan kandungan, di samping kaedah membina jenama dan meningkatkan jualan secara dalam talian.
Latihan yang dijalankan ini bertujuan membantu peserta meningkatkan kemahiran digital serta memperkukuh keyakinan dalam memanfaatkan platform media sosial sebagai medium pemasaran dan penjanaan pendapatan.
Program ini diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran digital, membina keyakinan diri serta membuka peluang menjana pendapatan tambahan melalui penggunaan platform TikTok secara lebih berkesan, kreatif dan berdaya saing.
Dalam pada itu, perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), PERDA dan turut dihadiri oleh Cik Massuria binti Mat Husin, Pengurus Pembangunan Insan, PERDA.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
