06 Ogos 2026 | Putrajaya
Selari dengan hasrat kementerian, PERDA komited menterjemahkan Pelan Strategik ini demi memastikan pembangunan modal insan dan pembelaan kebajikan rakyat dapat direalisasikan secara berterusan.
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini memikul tanggungjawab sebagai penganjur Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bulan Ogos 2026 bertempat di Dewan Seri Lestari, Putrajaya.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
Majlis perhimpunan ini turut dimeriahkan dengan persembahan khas daripada PERDA dan KEJORA, selain menyaksikan acara kemuncak iaitu Pelancaran Pelan Strategik PERDA yang disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
Pelancaran pelan ini menjadi batu asas penting dalam menterjemah hala tuju pembangunan luar bandar Pulau Pinang secara lebih tersusun, inklusif, dan berimpak tinggi.
Menerusi amanatnya, YAB Timbalan Perdana Menteri menegaskan komitmen KKDW untuk terus memperkasakan sosioekonomi luar bandar menerusi Pelan Pengaktifan Aset oleh Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan pengukuhan Program Desa Lestari.
Selari dengan hasrat kementerian, PERDA komited menterjemahkan Pelan Strategik ini demi memastikan pembangunan modal insan dan pembelaan kebajikan rakyat dapat direalisasikan secara berterusan.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas



















