29 Julai 2026 | Nibong Tebal
Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) mengalu-alukan kehadiran barisan pensyarah dan pengurusan daripada Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah sempena program Lawatan Penanda Aras Sijil Teknologi Elektrik pada hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik serta bertukar pandangan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan TVET, khususnya dalam bidang Teknologi Elektrik.
Semoga lawatan ini menjadi platform yang bermanfaat dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir, kompeten dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri.
Terima kasih atas kesudian memilih Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) sebagai destinasi lawatan penanda aras.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




