Pengurus Besar PERDA Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah LPPKN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
14 Ogos 2026    |    Butterworth

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, hari ini telah menerima sesi kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara Gemilang, Ibu Pejabat PERDA.

Delegasi LPPKN telah diketuai oleh Ketua Pengarah LPPKN, YBhg. Dato' Abdul Shukur bin Abdullah serta turut diiringi oleh Pengarah LPPKN Pulau Pinang, Dr. Azura binti Abdullah.

Sesi ini dianjurkan sebagai platform strategik untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara PERDA dan LPPKN khususnya dalam merangka program pembangunan keluarga, kesejahteraan sosial, serta pemerkasaan komuniti luar bandar di Pulau Pinang.

Kedua-dua pihak berhasrat untuk meneroka peluang kolaborasi berimpak tinggi yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada institusi kekeluargaan dan masyarakat setempat.

Kerjasama ini sejajar dengan komitmen berterusan PERDA dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang seimbang demi mewujudkan komuniti luar bandar yang sejahtera dan mampan.
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.