25 Jun 2026 | Kuala Lumpur
YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA telah menghadiri Majlis Pelancaran Malaysia-China Gateway Initiative (MCGi) yang disempurnakan oleh Pengerusi MATRADE, YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican di Menara MATRADE, Kuala Lumpur pada 25 Jun 2026.
Inisiatif yang diterajui oleh MATRADE dengan kerjasama rakan strategik ini bertujuan memperkukuh keupayaan syarikat tempatan, khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), dalam memenuhi keperluan pematuhan teknikal pasaran China serta memperluaskan akses produk Malaysia ke pasaran antarabangsa.
Penganjuran program ini selaras dengan usaha memperkasa daya saing usahawan tempatan dan membuka lebih banyak peluang perdagangan serta eksport ke pasaran global, khususnya Republik Rakyat China yang merupakan antara rakan dagang utama Malaysia.
PERDA akan menyertai inisiatif ini yang mampu meningkatkan keupayaan usahawan khususnya usahawan bimbingan PERDA dalam memperluaskan pasaran di peringkat global.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
