Lawatan kerja oleh Pengarah Urusan Mechmodule Technology Sdn. Bhd ke PERDA-TECH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
11 Ogos 2026    |    Nibong Tebal

Lawatan kerja oleh Pengarah Urusan Mechmodule Technology Sdn. Bhd bersama Pengurus Kanan ke PERDA-TECH bagi mewujudkan hubungan industri khusus melibatkan Jabatan Teknologi Pembuatan serta Jabatan Teknologi Kimpalan.

MECHMODULE merupakan sebuah syarikat kejuruteraan dan pembuatan dalam teknologi pemesinan berketepatan tinggi, fabrikasi logam dan pemasangan modular untuk pelbagai sektor industri, termasuk semikonduktor, elektrik dan elektronik, peranti perubatan dan automotif.

Sesi pagi ini juga diserikan dengan sesi menandatangani MOU bagi pihak syarikat yang melibatkan skop Latihan industri pelajar TVET, program LSI, Program Work Based Learning (WBL) serta perkongsian kepakaran dengan pihak industri.

Disaping itu, pihak syarikat juga turut bersetuju menawarkan pekerjaan kepada 4 pelajar Diploma Teknologi Kimpalan setelah tamat Latihan Industri di syarikat ini.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.