Lawatan Penanda Aras Program Diploma Agroteknologi

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
16 Jun 2026    |     Pendang, Kedah

Lawatan penanda aras terakhir bagi pembangunan Program Diploma Agroteknologi telah diadakan ke kolam ternakan udang kara milik Australian Red Claw Breeding and Aquaculture Hatchery (Arbaah) di Pendang, Kedah.

Arbaah merupakan syarikat 100% milik Bumiputera yang dikawal selia oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta dikenali sebagai antara syarikat perintis dalam industri penternakan udang kara di Malaysia.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan industri dan input terkini bagi memperkukuhkan pembangunan kurikulum Program Diploma Agroteknologi, selaras dengan keperluan industri semasa.

Semoga lawatan ini dapat merealisasikan hasrat PERDA-TECH untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan industri ternakan, di samping membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar untuk meneroka bidang kerjaya dan keusahawanan dalam sektor agroteknologi pada masa hadapan.

Membina kompetensi, memperkasa industri, melahirkan graduan berdaya saing.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.