Kunjung Hormat Dan Sinergi Strategik: PERDA Perkukuh Jaringan Antarabangsa Ekspo PERDA 2026 Bersama Kedutaan Timor-Leste

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
03 Julai 2026    |    Kuala Lumpur

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini terus memperluas jaringan kerjasama antarabangsa melalui satu kunjungan hormat ke atas Kedutaan Besar Republik Demokratik Timor-Leste di Kuala Lumpur.

Pertemuan rasmi ini diadakan khusus sebagai langkah strategik PERDA untuk mempromosikan penganjuran Ekspo PERDA (EXPERT) Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober depan di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memberikan penerangan terperinci mengenai pengisian EXPERT 2026 yang membawakan tema "Sinergi Halal: Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi".

Fokus utama perbincangan tertumpu kepada usaha menarik penyertaan pempamer antarabangsa, meneroka peluang pemadanan perniagaan rentas sempadan serta membuka ruang pasaran import dan eksport bagi produk usahawan tempatan khususnya dari negeri Pulau Pinang ke pasaran serantau.

Melalui pertemuan dua hala ini, PERDA berharap kolaborasi yang dirancang dapat memperkukuh jaringan perdagangan, pelaburan, dan hubungan ekonomi serantau.
Langkah ini sekali gus diharap mampu memberikan limpahan manfaat ekonomi yang signifikan serta menyediakan platform pasaran global yang lebih luas dan inklusif bagi memartabatkan usahawan bumiputera luar bandar.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.