13 Ogos 2026 | Tasek Gelugor
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, hari ini telah menerima Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Midtown Kubang Menerong, Tasek Gelugor.
Sesi penyerahan watikah pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang, Yang Setia Kol. (PA) Lokman Hakim bin Abdul Rahman.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan strategik dalam mengukuhkan hubungan kerjasama antara PERDA dan APM, khususnya bagi meningkatkan kesiapsiagaan, pengurusan bencana serta aktiviti kesukarelawanan di peringkat komuniti luar bandar seluruh Pulau Pinang.
PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang atas pengiktirafan yang diberikan.
Sinergi erat ini diharapkan dapat memperkasakan lagi keupayaan kedua-dua agensi dalam membina komuniti yang berdaya tahan, selamat dan sejahtera selaras dengan agenda pembangunan negara.
Dalam pada itu, Mesyuarat Pengurusan Khas PERDA turut diadakan setelah sesi penyampaian watikah selesai.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh sebahagian besar Pengurus Bahagian dan Ketua Unit untuk membincangkan beberapa perkara penting dalam memastikan penyampaian maklumat dan perkhidmatan berjalan lancar.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
















