Program Innovation Talk PERDA-TECH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
27 Julai 2026    |    Nibong Tebal

Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah menganjurkan program Innovation Talk khas buat para pelajar bagi memberikan pendedahan dan perkongsian berkaitan kreativiti, inovasi serta pembangunan potensi diri dalam bidang kemahiran.

Program tersebut berlangsung dalam suasana penuh semangat dan menyediakan pelbagai input berguna kepada para pelajar mengenai kepentingan pemikiran kreatif, keberanian mencetuskan idea baharu serta kesediaan menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan dan industri.

Lebih menarik, para pelajar turut berpeluang menyertai sesi Meet & Greet bersama duo pempengaruh terkenal, Amin dan Abid. Sesi berkenaan memberi peluang kepada para pelajar untuk beramah mesra, bertukar pandangan dan merakamkan kenangan bersama kedua-dua pempengaruh tersebut.

Diharapkan program ini dapat menyuntik semangat kepada para pelajar PERDA-TECH untuk terus berfikiran kreatif, berani berinovasi serta berusaha meningkatkan kemahiran dan potensi diri dalam bidang yang diceburi. 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.