Bengkel Pemurnian Strategi Pembanterasan Rasuah PERDA (PACS) 2026–2030

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
13 Ogos 2026    |    Butterworth
 
PERDA hari ini telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Strategi Pembanterasan Rasuah PERDA (PACS) 2026–2030 yang berlangsung di Ibu Pejabat PERDA, Butterworth.

Bengkel ini merupakan fasa akhir dalam penyediaan dokumen Strategi Pembanterasan Rasuah PERDA (PACS) 2026–2030 sebelum dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah PERDA.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan difasilitasi oleh Cik Nur Atia Shahirah binti Mustapha.

Seramai 20 orang pegawai PERDA daripada pelbagai bahagian telah mengambil bahagian secara aktif dalam sesi pemurnian tersebut.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan PERDA dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta memastikan pelaksanaan strategi pembanterasan rasuah yang lebih terancang, berfokus dan berimpak tinggi demi meningkatkan kecekapan serta kredibiliti organisasi.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.