Lawatan Verifikasi Latihan Sangkutan Industri Jabatan Teknologi Elektrik

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
03 Julai 2026    |    Selama, Perak

Jabatan Teknologi Elektrik, PERDA-TECH telah mengadakan Lawatan Verifikasi Latihan Sangkutan Industri (LSI) bagi pensyarah jabatan tersebut, Encik Khairil Rizal bin Ahmad Kasim, yang sedang menjalani program latihan sangkutan industri.

Lawatan verifikasi ini telah diadakan di Projek Loji Mini Hidroelektrik Sungai Selama, Perak, sebuah kemudahan penjanaan tenaga boleh diperbaharui yang menggunakan konsep run-of-the-river bagi memanfaatkan aliran sungai semula jadi untuk menjana tenaga elektrik secara mampan. Loji ini berkapasiti sehingga 12 megawatt (MW) dan menyumbang kepada pembekalan tenaga hijau kepada grid elektrik tempatan, khususnya di sekitar daerah Selama, dengan impak minimum terhadap alam sekitar.

Pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri ini memberi peluang kepada pensyarah untuk meningkatkan pengetahuan serta pendedahan terhadap teknologi dan amalan terkini dalam industri. Pengalaman yang diperoleh melalui program ini diharap dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kualiti pendidikan TVET di PERDA-TECH.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.