Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah menyertai perarakan lintas hormat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang dengan penyertaan kontinjen yang terdiri daripada 50 orang pelajar PERDA-TECH.
Kontinjen PERDA-TECH tampil dengan penuh ketertiban dan semangat patriotik ketika melakukan lintas hormat di hadapan pentas utama. Perarakan tersebut diketuai oleh Saudari Alya Nurasyiqin Samsol dengan bimbingan pensyarah serta jurulatih kawad kaki, Sarjan Mohd Firdaus bin Marzuki (B).
Turut hadir ialah Encik Rohaimi Othman, Pengarah PERDA-TECH, yang berada di pentas utama bagi menyaksikan perarakan serta memberikan tabik hormat kepada kontinjen PERDA-TECH.
Penyertaan ini mencerminkan semangat patriotisme, disiplin dan kebersamaan dalam kalangan pelajar PERDA-TECH, di samping menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan bersama masyarakat di peringkat negeri.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen PERDA-TECH serta para pensyarah dan jurulatih yang terlibat atas komitmen dalam menjayakan penyertaan ini.


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas












