Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu : Kembara Mengukir Senyuman di Pulau Pinang

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
21 - 23 Ogos 2026    |    George Town

Program ini adalah initiatif YBhg. Dato’ Haji Mohamad Asri Bin Baharum, Pengurus Besar PERDA untuk memberi kegembiraan kepada Anak-anak Abu Nur datang bercuti di Pulau Pinang.

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA melalui Biro Keluarga dan Komuniti Sosial telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini.
Seramai 38 orang anak-anak Rumah Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu telah terlibat dalam program ini.

Anak-anak Abu Nur ini telah dibawa melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang dan merasai makanan yang terkenal di sini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Hotel Bahang Bay yang sudi menaja penginapan selama 2 malam bagi program ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua penaja-penaja yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi membantu kami menjayakan program ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.’ ujar Encik Normuslim bin Saad, Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.