Bengkel Robo-SUMO PERDA 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
19 Ogos 2026    |    Tasek Gelugor

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah melaksanakan Bengkel Robo-SUMO PERDA 2026 sebagai persediaan ke arah PERDA Robotic Robo-Sumo Challenge 2026 yang bakal berlangsung pada Oktober nanti.

Bengkel ini menghimpunkan para pelajar dan guru pembimbing daripada sekolah rendah dan sekolah menengah seliaan PERDA bagi memberi pendedahan secara hands-on dalam pembinaan, pengaturcaraan dan strategi robot Robo-Sumo menggunakan set robotik LEGO® Education SPIKE™ Prime.

Sepanjang bengkel, para peserta berpeluang menguji kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran kritis serta semangat kerja berpasukan dalam menghasilkan robot yang bukan sahaja mampu bergerak — tetapi bersedia untuk bertarung di gelanggang Robo-Sumo!

Pelaksanaan program ini merupakan antara usaha PERDA dalam memperkasakan pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta membina minat generasi muda luar bandar terhadap bidang robotik, teknologi dan inovasi.
Bina. Program. Strategi. Bertarung.

See you in the ring — PERDA Robotic Robo-Sumo Challenge 2026!
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.