13 Julai 2026 | Nibong Tebal
Hari yang penuh bersejarah dan bermakna buat seluruh warga Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH)!
Hari ini, PERDA-TECH telah menerima kehadiran melebihi 320 orang pelajar baharu daripada pelbagai bidang pengajian yang mendaftar bagi sesi kemasukan kali ini. Komitmen dan keterujaan yang ditunjukkan oleh para pelajar serta ibu bapa mencerminkan kepercayaan tinggi masyarakat terhadap ekosistem TVET di PERDA-TECH.
Menambah seri dan keberkatan hari pendaftaran ini, seluruh warga kampus amat bertuah dan berbesar hati menerima amanat khas daripada YBrs. Tuan Mohd Hilmi Bin Elias, Pengerusi Majlis Penasihat PERDA-TECH pada petang tadi. Pada majlis yang sama, YBrs. Tuan Pengerusi turut menyempurnakan Gimik Perasmian Minggu Orientasi Pelajar 2026 sebagai tanda bermulanya perjalanan rasmi para pelajar di kampus ini.
Majlis amanat yang penuh inspirasi ini turut dihadiri bersama oleh Encik Rohaimi Bin Othman, Pengarah PERDA-TECH, barisan pengurusan tertinggi, serta para pensyarah.
Amanat serta perasmian yang disempurnakan pastinya menjadi pembakar semangat buat para pelajar baharu untuk memulakan langkah kanan dalam menuntut ilmu dan kemahiran demi masa depan yang cemerlang.
Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu! Selamat menempuh Minggu Orientasi dan selamat maju jaya di PERDA-TECH.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




























