21 Jun 2026 | Sungai Duri
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah menganjurkan Program Kampung Santuni Madani peringkat Kampung Sungai Duri bertempat di Surau Haji Lebai Tahir.
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah menganjurkan Program Kampung Santuni Madani peringkat Kampung Sungai Duri bertempat di Surau Haji Lebai Tahir.
Program ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan agensi untuk mendekati masyarakat akar umbi di samping memperkukuh institusi komuniti serta memupuk semangat perpaduan luar bandar.
Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengerusi PERDA merangkap EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Haji Rashidi bin Zinol bersama Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum yang hadir bagi menyantuni dan beramah mesra bersama penduduk setempat.
Pelbagai pengisian kemasyarakatan telah berjaya dilaksanakan menerusi aktiviti gotong-royong pembersihan, mengecat surau, menanam pokok, serta aktiviti mengacau bubur asyura.
Program turut menyaksikan penyerahan alat siar raya surau, sumbangan CSR PVI Pengurus Besar PERDA serta sesi ‘walkabout’ bagi menyampaikan sumbangan Bakul Makanan secara terus ke rumah keluarga penerima yang memerlukan.
Melalui penganjuran program interaksi sosial dan sumbangan kebajikan yang inklusif ini, PERDA berharap dapat membantu mengimarahkan kemudahan institusi keagamaan kariah, sekali gus memastikan kebajikan serta keperluan sosial masyarakat luar bandar sentiasa terpelihara dengan baik.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas


