25 September 2026 | Kuala Lumpur
Pengurus Pembangunan Ekonomi PERDA, Encik Mohamad Hazahari bin Md Haris, hari ini tampil dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) menerusi saluran TV1 bagi mempromosikan EKSPO PERDA (EXPERT) 2026 secara langsung.
Sesi temu bual khas yang bersiaran pada jam 8:30 pagi tersebut memberi tumpuan kepada pelbagai pengisian menarik, peluang perniagaan, serta inisiatif pemerkasaan usahawan yang bakal dibawakan menerusi penganjuran EXPERT 2026.
Sesi ini turut memperincikan peranan PERDA dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Pulau Pinang.
PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) atas ruang dan sokongan penyiaran ini.
Semoga hebahan menerusi saluran media utama negara ini dapat menyemarakkan lagi penyertaan orang ramai serta usahawan tempatan dalam menjayakan EXPERT 2026.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas


