Majlis Perhimpunan Bulanan September & Majlis Kibar Jalur Gemilang PERDA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
4 September 2026    |    Butterworth

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan September dan Majlis Kibar Jalur Gemilang bertempat di Ibu Pejabat PERDA.

Majlis yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Pengurus Besar PERDA serta Timbalan-Timbalan Pengurus Besar ini menjadi platform untuk menyampaikan perkembangan semasa organisasi, memperkukuh komunikasi bersama warga kerja serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga PERDA.

Dalam amanatnya, YBhg. Dato’ Pengurus Besar turut berkongsi perkembangan terkini berkaitan prestasi perbelanjaan PERDA, keperluan melaksanakan langkah-langkah penjimatan secara berhemah serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan pengurusan organisasi terus berada pada landasan yang baik. Beliau turut menjelaskan rasional di sebalik pusingan penempatan pegawai yang telah dilaksanakan baru-baru ini.

Suasana majlis turut diserikan dengan pelbagai aktiviti dan penyampaian penghargaan kepada warga PERDA, antaranya Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan, Anugerah Staf Ikon PERDA bagi bulan Mei hingga Ogos, serta penyampaian hadiah bagi Pertandingan Inovasi Peringkat Dalaman, Pertandingan i-Complex, Pertandingan Video Eksplorasi Hatyai Gateway anjuran PUSPANITA dan Kuiz Maulidur Rasul anjuran Biro Kerohanian, Kelab Sukan Kebajikan dan Kakitangan PERDA.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan Majlis Kibar Jalur Gemilang yang disertai oleh seluruh warga kerja PERDA sebagai simbol semangat patriotisma, kecintaan kepada negara dan komitmen untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.