24 Julai 2026 | Kepala Batas
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus memperkukuh amalan tadbir urus yang cemerlang menerusi penganjuran program "Integrity at the Top: From Principle to Practice" yang berlangsung di Bertam Resort, Kepala Batas.
Program tersebut telah disampaikan oleh Profesor Dato’ Dr. Ir. Faisal Rafiq Mahamad Adikan, Naib Presiden (Penyelidikan dan Pembangunan), Monash University Malaysia, dan dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta barisan pengurusan PERDA.
Tujuan program diadakan adalah bagi memperkukuh kefahaman mengenai kepimpinan berintegriti, konsep "tone at the top", serta peranan dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah dalam memperkasa tadbir urus organisasi.
Dalam sesi perkongsian tersebut, Profesor Dato’ Dr. Ir. Faisal Rafiq Mahamad Adikan menegaskan bahawa integriti merupakan asas utama dalam memastikan sesebuah organisasi berfungsi secara berkesan, telus dan berakauntabiliti.
Beliau turut menjelaskan bahawa konsep "tone at the top" merujuk kepada pengaruh kepimpinan tertinggi dalam membentuk budaya kerja organisasi melibatkan nilai, sikap dan tindakan pemimpin yang menjadi teladan kepada seluruh warga organisasi.
Beliau turut menekankan bahawa peranan penting ahli lembaga pengarah dalam memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan secara berkesan melalui pengawasan yang baik, pembuatan keputusan yang beretika serta pematuhan terhadap prinsip integriti dan akauntabiliti.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan PERDA dalam memperkukuh amalan tadbir urus yang baik serta membudayakan integriti di setiap peringkat organisasi.
Inisiatif ini diharap dapat terus memperkasakan kepimpinan yang berwibawa dan berintegriti, sekali gus menyokong kecemerlangan serta kelestarian PERDA pada masa hadapan.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




