29 Julai 2026 | Nibong Tebal
Menerusi kerjasama strategik ini, pihak Propac International Sdn. Bhd. menganggarkan hampir 8,000 peluang pekerjaan bakal dibuka, di mana keutamaan pengambilan akan diberikan khusus kepada para pelajar dan graduat dari PERDA-TECH.
Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) hari ini telah menerima lawatan kerja dan mengadakan perbincangan strategik bersama pihak Propac International Sdn. Bhd. bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PERDA-TECH.
Sesi perbincangan ini merangkumi beberapa agenda penting, antaranya pengambilan pelajar lepasan PERDA-TECH untuk terus berkhidmat dalam pelbagai bidang di syarikat Propac International Sdn. Bhd. Turut diadakan adalah sesi lawatan ke makmal serta fasiliti kampus PERDA-TECH bagi melihat secara dekat keupayaan dan kualiti latihan kemahiran yang ditawarkan.
Semoga usaha berterusan ini memberi nilai tambah yang besar kepada pemerkasaan TVET, sekali gus membuka ruang kerjaya yang luas dan cerah buat anak-anak muda kita.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




