Lawatan Rasmi KITAB Pulau Pinang ke PERDA-TECH Perkukuh Potensi Kerjasama Strategik

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
13 Julai 2026    |     Nibong Tebal

Satu pertemuan rasmi telah diadakan antara Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, latihan kemahiran serta pembangunan modal insan.

Pertemuan ini bertujuan meneroka peluang kolaborasi yang mampu memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri.

Selain sesi perbincangan, delegasi KITAB turut dibawa melawat fasiliti latihan utama di PERDA-TECH bagi melihat dengan lebih dekat kemudahan dan program latihan kemahiran yang ditawarkan. Antara lokasi yang dilawati ialah:

  • Jabatan Kimpalan (Underwater Welding) – Meninjau fasiliti latihan kimpalan bawah air yang berimpak tinggi dan berteknologi khusus.
  • Jabatan Reka Bentuk Fesyen – Melihat kreativiti serta hasil rekaan pelajar dalam bidang fesyen.
  • Jabatan Automotif – Meninjau kelengkapan teknologi dan bengkel latihan automotif terkini, termasuk demonstrasi kenderaan elektrik (EV) yang dipandu sendiri oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum @ Harun, Pengurus Besar PERDA.

Lawatan penandaarasan (benchmarking) ini diharap menjadi titik tolak kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara PERDA-TECH dan KITAB dalam memperkasakan pendidikan, latihan kemahiran serta pembangunan TVET di negeri Pulau Pinang.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.