PERDA-TECH Terus Perluas Promosi Program TVET Melalui #JomMasukPERDATECH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
26 September 2026    |    Nibong Tebal

Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) meneruskan sesi promosi #JomMasukPERDATECH bagi memperkenalkan peluang pengajian dan program TVET yang ditawarkan kepada pelajar serta masyarakat.

Sesi promosi kali ini dilaksanakan di dua lokasi iaitu Hari Kokurikulum dan Koperasi SMK Tun Abdul Rahman, Nibong Tebal serta Festival Daerah Timur Laut, Penang2030.

Melalui penyertaan ini, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat secara lebih dekat mengenai program pengajian, kemudahan latihan serta peluang melanjutkan pengajian di PERDA-TECH.

PERDA-TECH turut merancang untuk menawarkan program baharu Diploma Agroteknologi pada tahun 2027 yang akan melalui proses akreditasi Malaysia Board of Technologists (MBOT).

Inisiatif promosi ini diharapkan dapat memperluas pendedahan masyarakat terhadap pendidikan TVET serta menarik lebih ramai generasi muda untuk membina kemahiran dan kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.